Adress: NO.25,JLN SG.RENGGAM 32/11B,BERJAYA PARK,SEKSYEN 32 40460 SHAH ALAM,SELANGOR. berhampiran jln kebun,kota kemuning,bukit rimau n bukit naga,shah alam.no phone 0129414624 utk sebarang pertanyaan tentang harga bule pm saya @ telefon no di atas.caj penghantaran akan dikenakan bg lokasi yg jauh.
Saturday, 29 March 2014
Friday, 21 March 2014
Tuesday, 18 March 2014
Resepi
(kalau guna tulang daging lg sedappp..sy guna daging sahaja)
Bahan2 Kuah:
Daging dan tulang daging sebanyak mana disukai direbus sehingga empuk
Ubi keledek saiz besar 5 biji direbus sehingga empuk
Udang kering segenggam*
Rempah kari daging separuh paket besar
4 biji bawang merah besar*
1-2 cloves bawang putih*
Air secukupnya
Daun sup satu ikat dihiris2
2 keping Asam Keping
Garam, gula, perasa
Daging dan tulang daging sebanyak mana disukai direbus sehingga empuk
Ubi keledek saiz besar 5 biji direbus sehingga empuk
Udang kering segenggam*
Rempah kari daging separuh paket besar
4 biji bawang merah besar*
1-2 cloves bawang putih*
Air secukupnya
Daun sup satu ikat dihiris2
2 keping Asam Keping
Garam, gula, perasa
Bahan lain(Optional):
Mee kuning
Taugeh di celur
Tauhu di goreng dan dipotong
Bawang goreng
Cili Hijau
Sawi
Limau Kasturi
Telur Rebus
Mee kuning
Taugeh di celur
Tauhu di goreng dan dipotong
Bawang goreng
Cili Hijau
Sawi
Limau Kasturi
Telur Rebus
Cara2:
1. Mesin bahan bertanda * dan kemudian tumis sehingga naik bau. Bancuh rempah kari dgn sedikit air dan kemudian tumiskan rempah sehingga garing.
2. Mesin ubi keledek yg telah empuk dgn air rebusan daging. Kemudian masukkan ke dalam bahan bertumis. Masukkan juga daging dan baki air rebusan daging dan asam keping. Kemudian masukkan air lg secukupnya. Perasakan.
3. Setelah kuah mendidih, masukkan daun sup yg dihiris.
4. Hidang bersama mee kuning dan bahan2 lain mengikut citarasa dan pilihan.
1. Mesin bahan bertanda * dan kemudian tumis sehingga naik bau. Bancuh rempah kari dgn sedikit air dan kemudian tumiskan rempah sehingga garing.
2. Mesin ubi keledek yg telah empuk dgn air rebusan daging. Kemudian masukkan ke dalam bahan bertumis. Masukkan juga daging dan baki air rebusan daging dan asam keping. Kemudian masukkan air lg secukupnya. Perasakan.
3. Setelah kuah mendidih, masukkan daun sup yg dihiris.
4. Hidang bersama mee kuning dan bahan2 lain mengikut citarasa dan pilihan.
selamat mencuba!
Monday, 17 March 2014
Resepi
RESEPI KEK SPAN
Recipe by: Sweet4ever @ My Resipi
Tried by: Nadz @ovenkecil.blogspot.com
Bahan-bahan :
- 150 gm tepung super fine
- 5 ml serbuk penaik - (1 tsp)
- 150 gm gula kastor
- 5 biji telur A
- 15 ml ovalette -(1 Tbsp)
- 80 ml air daun pandan
- 80 ml minyak / mentega cair
- 5 ml pes pandan - (1 tsp)**bergantung kepada perisa kek yang diingini
- Sedikit pewarna hijau (opt)**bergantung kepada warna kek yang diingini mengikut perisa
Cara-cara :
- Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun) saya guna no 5.
- Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama beberapa minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
- Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
- Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 8", griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180'C api atas bawah
- Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek mendap
Sunday, 16 March 2014
RESEPI
RED VELVET CAKE
1 1/4 cup tepung - ita guna tepung kek
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah - ita guna 1 1/2 sudu kecil
57 gm butter tampa garam
3/4 cawan gula - ita guna gula kastor
1 biji telur - ita guna gred A
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cwn buttermilk - ita guna susu segar (boleh + 1/2 sudu jus lemon)
1/2 sudu kecil cuka masakan
1/2 sudu kecil baking soda
Panaskan oven pada suhu 175 C. Bergantug pada oven ita guna 165 C
Dalam satu bekas, ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan
dalam satu mangkuk yg kecil. satukan serbuk koko dan pewarna merah dan kacau rata hingga menjadi paste. Ita tambahkan sedikit air supaya mudah melarut.
Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga lembut dan ringan.
Masukkan telur dan pukul lagi hingga bergaul sempurna.
Masukkan esen vanila dan campuran koko dan pewarna merah tadi dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung berselang seli dgn buttermilk. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dgn tepung (tepung, susu, tepung, susu dan akhir tepung)
Dalam satu bekas kecil yg lain satukan cuka dan baking soda.
dan kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul kan sempurna dgn spatula.
Tuangkan adunan tadi ke dalam bekas loyang pembakar berukuran 6inc yg telah di gris dgn butter dan di alas dasarnya dgn kertas minyak.
Bakar pada suhu 175 C selama 50 minit atau sehingga masak. Ita bakar selama 1 jam.
Setelah kek masak, sejukkan dahulu atas redai hingga ia benar2 sejuk.
Setelah itu potong kek kepada 2 atau 3 bahagian.
Sapukan Cream Cheese ke atas setiap lapisan kek.
Akhir sekali salutkan keseluruhan kek dgn cream cheese. Simpan dalam peti sejuk sebentar hingga cream cheese keras sedikit.
Keluarkan dan deco lah kek dgn baki cream cheese mengikut creativiti anda.
Cream cheese frosting
125g cream cheese
50g butter tampa garam
110g gula icing - boleh kurangkan
1 cwn fresh cream - pukul hingga kaku
Pukul cream cheese dgn butter sehingga lembut
Turunkan speed mixer kepada kelajuan rendah dan masukkan gula icing sedikit2 sehingga bergaul sempurna.
Campurkan whipped cream yg telah kaku tadi dan gaul dgn spatula
*Adunan cream Cheese Frosting ni agak lembik. Jadi ita tambahkan sedikit creamwell untuk memudahkan mendeco atas kek.
Saturday, 15 March 2014
Thursday, 6 March 2014
Wednesday, 5 March 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)